"Beri laluan , beri laluan ustazah nak lalu tu "Siapa pernah kena gelaran ustazah ?Dulu saya tak suka tapi sekarang saya aminkan sahaja , orang doakan benda baik tu , tak kan nak marah ?***Sedar tak , sebenarnya niat kita untuk bertudung labuh sedang di uji ? Siapa uji ? Allahurabbi"Kenapa Allah uji saya kak ? Saya nak memenuhi syariat ni , bertudung labuh "Allah uji kamu dengan segala ujian sindiran , perlian kerana Allah nak kamu betul-betul niat pakai tudung labuh kerana Allah bukan sebab nak tarik perhatian ajnabi atau lain-lain .Kalau kamu betul-betul pakai kerana Allah , kenapa harus gusar ?Ambil wudhuk , muhasabah diri
------------------------------------------------------------
Selesai sahaja saya membaca post ini ( di Facebook) , saya terus mengerti dan faham ..Saya pun pernah kena jugakk .. Ada satu hari tuh , saya terserempak dengan kawan lama ( sekolah rendah ) , dan saya tegur dia . Tiba2 , dia cakap , " E'eh , nih Ustazah mana pulak nih ? " . Saya pun terus terdiam dan tersenyum . Bukannya apa , saya memang tak suka apabila diri ini , yang masih kurang ilmu pengetahuannya dikatakan dan digelar Ustazah ..
Selama ini , bila ada orang cakap macam ituh dekat saya , saya akan balas , " Mana ada .. Saya tak layak lagi lah " ,, tapi sekarang , lepas saya baca post tersebut , baru saya tahu dan mengerti bahawa ini semua adalah ujian dan dugaan daripada Allah swt . Allah nak uji niat kita , Allah nak uji iman kita . Dan sempat saya aminkan .
Ya , kita kata , kita buat semua nih kerana Allah swt . Itu niat kita , tapi , Allah nak uji kita , betulkah kita buat / lakukan perkara tersebut , kita pakai tudung labuh / tudung bidang 60 , kita pakai stokin , kita pakai handsock , baju longgar , seluar tak ketat . Hah , ambik kau ! Tutup semua , menepati syarat .. Betulkah kita buat semua tuh kerana Allah swt ? Lillahi ta'ala ? Betulkah ? Ke atau kita pakai / buat semua tuh , semata-2 sebab nak tarik perhatian lelaki ? Tarik perhatian ajnabi ? Wallahu a'alam . Timbulkan persoalan di situ .. Rakan2 saya sekalian , kat sini , saya nak share sedikit kata2 peransang yang saya dapat daripada seorang sahabat saya :
Perempuan tidak perlu mendekati lelaki untuk mengetahui siapakah yang Allah takdirkan untuk dia .
Yang Allah takdirkan untuk kita akan tetap datang walaupun kita mengelaknya .
Peliharalah maruah agar dengannya kita boleh menuntut janji , bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik . Begitu juga sebaliknya .
Maybe , kata2 peransang tuh , terlari dari tajuk sikit , tapi , ia tetap , masih ada kaitan walaupun sedikit dengan apa yang ingin saya sampaikan ..Jadi , marilah kita sama2 tajdid niat kita balik , perbaharui niat kita , ikhlaskan hati kita , Kita buat semua nih hanyalah semata2 kerana Allah swt .. Saya pun sama , kadang2 saya terfikir jugakk , ' Aku buat semua nih , niat kerana Allah swt ke atau ada niat lain ? ' .. Biaselah , manusi tidak pernah lari dari melakukan kesilapan . Sebab ? Sebab manusia , does not perfect .. There's no one perfect , exp Nabi Muhammad :)Sekian , rasanya itu sahaja , sedikit perkongsian dari saya , hamba yang hina .. Jadi , sekiranya ada apa-2 yang salah , harap diperbetulkan . Apa gunanya sahabat , kalau kita tidak memperingati diantara satu sama lain . Ya takk ? Btw , Islam isn't about : " We're better than you . " ,, it's about : " Let's me show you what's better for you ."
1 comment:
ya betull!!kite sume nih wat sbb spe??hehe..nice peringatan..broken english..haha
Post a Comment