Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum , para pembaca .
Masih ingatkah antum semua kepada sahabat ana yang berpindah ke Australia itu ?
Sekiranya antum semua masih ingat , Alhamdulillah .
Dan sekiranya tidak , tidak mengapa , antum boleh baca di ruangan post yang lama .
*Abaikan ana*
Baiklah , tujuan ana menulis post pada kali ini , tidak lain tidak bukan , hanyalah untuk men'share' sedikit
ucapan yang telah ditulis oleh sahabat2 ana kepada ______ ..
Salah satu ucapan yang paling menyentuh hati ana adalah ucapan yang ditulis oleh sahabat sekelas ana . Dan , ucapan itu berbunyi seperti ini :
*namaorangtuh* , kalau ko terbaca nie aku nk ko dengar ape yg aku nk ckp. Waktu malam dekat kantin haritu aku rase macam orang lain gelabah je nangis2. Aku rase biasa je.. waktu lepas al-mulk aku masih x rase ape.. tapi kali terakhir aku menatap muka kau.. waktu lps tafaddoll kluar kelas semua keluar berckp dgn kau.. tapi aku menyesal sgt sbb aku sibuk nk siapkan surat cikgu Nadiya.. aku hanya sempat tgk mke ko wktu sblm kelas je.. x sempat nk ckp ape2 dgn kau.. x sempat nk mohon segala bende.. tau2 ko dh x de. Untuk masa yg sgt lame.. waktu aku naik kelas pukol 3 ptg.. nmpk meja kau sayup sangat hati ini. Buku2 meja yg kini tidak lagi seperti dulu.. x tiada lagi tuannya.. aku menyesal aku x gunakan masa sblm kau pindah untuk ckp dgn kau. Bual ape yg aku x brani nk bualkan sblm ni dgn kau, tgk Mke kau.. mlm tu aku asik teringatkan kawan baik aku ni .. malam tu aku call ko byk kali ko x angkat.. hati aku mulai risau... aku cume nk ckp as salamualaikum warahmatullah pon dh x sempat.. semuanya disebabkan karangan yg xsiap.. dengan kesempatan ini aku nk mengucapkan as salamualaikum .. dan maafkan segala salah laku aku.. umpat2 aku.. dn aku halalkan segala keharaman kau..
Nampak tak ? Apa agaknya yang antum rasa sekarang ? Kalau ana , ana rasa sangat sedih . Sedih dan sayu .. Sayu sangat .. Tapi , kesayuan dan kesedihan ana nih , tidak dapat membuatkan air mata ana mengalir lagi kerana malam tadi puas ana menangis . Dan , yang ana peliknya , ana sendiri yang nasihatkan sahabat ana agar tidak menangis berlebihan kerana Allah murka , tapi , ana ? Ana sendiri yang menangis berlebihan . Maafkan kita , ya ?
Dan , ana hairan sangat , kenapa waktu sahabat perempuan ana mahu pindah ke Belanda , ana tak menangis seterok nih ? Kenapa ana tak sesedih sekarang ? Entah lhaaa , ana sendiri pun tak dapat cari jawapannya . Nak kata tak sayang , tak juga , sebab ana memang sayang akan semua sahabat ana ..
Oh , mungkin sebab ana sudah lalui perkara seperti ini sebanyak dua kali dalam masa 2 bulan . Mungkin . Who knows . Or maybe sebab sahabat perempuan ana ituh datangnya dari kelas lain , dan sahabat lelaki ana nih datang dari kelas yang sama seperti ana . Dan , mungkin disebabkan ituh juga , ukhuwah yang terjalin di antara ana dengan sahabat lelaki ana serta sahabat sekelas ana lebih kuat daripada ukhuwah yang terjalin di antara ana dengan sahabat perempuan ana . Wallahua'alam , ana tak tau . Hanya Allah seorang sahaja yang tahu .
Dan semoga Allah mengubati perasaan sedih dan sayu yang melanda hati ana sekarang nih . Dan juga , semoga Allah menghadirkan pelangi disebalik awan yang mendung ini suatu masa nanti , Insya-Allah ..
Baiklah , rasanya sampai sini sahaja dulu . Segala yang baik datang dari Allah , dan segala yang buruk datang dari diri ana sendiri . Hakikatnya , kedua-duanya datang dari Allah ..
Assalamualaikum .
XOXO , A =(
No comments:
Post a Comment